Fabulous Fans

Aku yang masih jahil


Hye.. Ramai orang tanya aku nape laa sekarang pakai tudung ala2 ustazah.. Ada yang kata tudung aku macam budak sekolah la..macam masa aku foundation la.. and ada jugak yang menyokong suruh keep it up dengan gaya tudung macam tu..

Salah satu sebab aku berubah sebab aku tertarik dengan satu ayat ni..

"Aurat bukan untuk dibaluti tetapi untuk ditutupi"

Yes, sangat ringkas,padat dan pedas dan cukup untuk orang macam aku ni terasa.. Selama ni aku ingat pakai tudung tu da cukup untuk aku menutup aurat.. tetapi aurat yang sebenar bukan hanya menutupi rambut tetapi menutupi sehingga ke dada..


"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke DADA, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(an-Nur: 31)

Apa yang aku paham maksud mendedahkan yang zahir itu cuma muka dan tapak tangan sahaja.
Sedangkan kita harus berniqab atau berpurdah jika sampai boleh menimbulkan fitnah.. Dan kita hanya boleh mendedahkan aurat hanya kepada mahram kita dan juga suami..

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap
suami atau ayahnya" (an-Nur :31)

Aku bukan la orang alim yang berubah dan hendak menunjuk-nunjuk cuma aku inginkan perubahan kearah yang lebih baik dan insyaALLAH akan terus beristiqamah bukan setakat tudung malah pakaian juga. Aku mula mencari tutorial tudung yang labuh sampai kedada malangnya satu pun tak da.. jadi bila pakai tudung kalu nak berfesyen sngat kena la modify sendiri..


~Boleh je berfesyen yet menutup aurat~

And lagi satu yang wat aku tertarik nak pakai macam ni sebab tudung people ni.. Bagi sapa2 yang nak cuba untuk pakai tudung labuh ley tgk kat link tu.. cantik tapi sopan dan paling penting menutup aurat.. :)


*ley click link untuk tengok tutorial shawl

Akhir sekali nak sangat-sangat pakai macam ni.. Ya ALLAH.. masa cuba pakai macam ni dan jalan kat k.l ramai yang pandang semacam.. kadang-kadang terfikir juga yang seksi dan tak cukup kain orang tak terasa janggal tapi yang menutup aurat dipandang pelik..


*Belum cukup kuat untuk berubah macam ni.. tapi masih berusaha.. InsyaALLAH


P/s : Rindu suasana di Mekah.. Dimana tiada orang yang tidak menutup aurat..

P/s/s : Ya ALLAH.. Aku mohon untuk terus beristiqamah dan terus berubah kearah kebaikan.. InsyaALLAH :')









5 comments:

Hidayah Hanif said...

kalo nak cantik luar dalam pun kene cantik jugak, hati kene bersih, buang perasaan hasad dengki. bersihkan dalam, secare automatik terpancar kat luar. dalam tak bersih, kat luar orang boleh nampak ke-tidak-ikhlasan- kite.

Zya Amalis said...

Nad: aku nak berubah jugak...same2x kite doa k...:)

Miss Naoko said...

yes..lets change to be a good person.. :)

sufiyyah zulkifli said...

keep it up dear. :)

Miss Naoko said...

thanks sis.. :)