Fabulous Fans

Masih mencari dan terus mencari

Bismillahirahmanirrahim

Pertama kali aku mulakan bicara dengan kalimah agung lagi suci. Setelah sekian lama aku mencari dan aku masih terus mencari satu jawapan yang ingin aku berikan kepada kamu wahai sahabatku. Tapi apakan daya, masih tiada jawapan yang aku temui. Maafkan aku membuatkan kamu menunggu dan berharap dan masih setia menanti jawapan dariku.

Kawan,Sahabat dan juga teman,

Andai dapat aku berikan satu kepastian, kamulah orang pertama yang aku khabarkan. Andai dapat aku temui satu jawapan, kamulah orang pertama yang aku ceritakan. Pada saat itu, tiada lain yang akan dapat aku ukirkan selain senyuman dan tangisan kesyukuran pada yang maha Esa. Tapi.. Aku masih belum menemui satu jawapan yang pasti. Kenangan silam mengajar aku supaya lebuh berhati-hati. Sekali lagi maafkan aku wahai teman yang setia.

Sahabatku,

Tiada niat untuk mempermainkan perasaanmu apa lagi menghancurkan sekali lagi hati yang baru sembuh. Tiada niat untuk membuatmu menunggu tanpa satu jawapan yang pasti dariku. Apa yang aku mampu cuma berdoa, berusaha dan bertawakkal dalam mencari jawapan itu. Bukan bermaksud aku menemui yang lain disaat aku menyuruhmu mencari yang lain. Tiada juga bermaksud memberi mu alasan dan mengelak dari menjawab segala persoalanmu. Cuma aku tidak mahu kamu wahai temanku, kecewa dalam satu penantian yang kamu tidak pasti penghujungnya. Ingin aku jelaskan kepadamu agar tiada lagi kekeliruan dan persoalan yang bermain di fikiran mu tentang apa yang berlaku. Aku berharap segala penjelasan sudah jelas bagimu.

Wahai teman,

Menyuruhmu mencari pengganti bukan bermaksud kamu tidak cukup baik bagiku cuma inginkan dirimu mencari orang yang lebih baik daripadaku. Sekali lagi bukan alasan yang ingin aku beri, cuma tidak mahu masa yang ada disana kamu sia-siakan tanpa mencari suri yang sudah pasti lebih banyak ilmu nya dariku. Apa pun jawapan yang di berikan, insyaALLAH akan ku gagah kan hati untuk menerima andai itu yang terbaik untuk dirimu dan diriku.

Aku tertarik dengan satu quotation "Istimewa hanya untuk yang istimewa". Jauh di sudut hati, ingin menjadi satu yang istimewa cuma apa yang ada di diri ini tiada lagi yang istimewa cuma bekas dan luka lama yang sukar dilupakan oleh hati yang terluka. Sedikit hampa dan kecewa tatkala membaca apa yang tertulis seolah-seolah aku seperti orang yang cuma memberi harapan dan lari daripada memberi satu jawapan. Andai itu yang kamu fikirkan, maka akan ku pasrah kan hati dan menerima. Maafkan aku sekali lagi wahai sahabatku dan juga peneman yang setia.

Akan aku akhirkan nukilan ini dengan doa yang aku pohon agar Allah menunjukkan jalan yang terbaik diantara aku dan juga kamu. Agar tiada yang merasa kecewa dan bersedih. InsyaALLAH.


P/s : Istimewa itu wujud di tengah kebiasaan, pabila istimewa menjadi biasa maka tiada lagi istimewa yang dirasa..

2 comments:

sufiyyah zulkifli said...

*baca laju2*
xmo feeling nanti banjir. hu.

Miss Naoko said...

hehe.. tamo feeling2.. :)