Fabulous Fans

Ya ALLAH.. Adakah aku seorang yang sabar?

Aku akui aku memang sangat pemarah. Cepat marah cepat juga merasa tidak sampai hati. Tapi alangkah bagus jika diri ini dipenuhi dengan kesabaran yang tinggi. Aku kagum dengan sifat Nabi Muhammad S.a.w yang mempunyai sifat kesabaran yang tiada tolok bandingan nya. Diantara kisah Nabi Muhammad S.a.w yang membuat aku berfikir dan merasakan bertapa lemahnya iman aku,bertapa rendahnya diri aku ini.

Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”


Ya ALLAH.. Hamba khilaf Ya ALLAH.. Aku merasakan yang aku mengetahui segalanya. Aku berhak untuk memarahi sesiapun sehinggakan aku terlupa seorang Nabi yang begitu mulia sanggup untuk bersabar walaupun die dilukai, dikasari dan melalui pelbagai lagi dugaan yang bagi aku terlalu berat untuk aku pikul tetapi baginda masih lagi boleh bersabar malah mendoakan agar mereka di beri petunjuk dan hidayah.

Ya ALLAH.. Jadikanlah hamba seorang yang penyabar. Jadikanlah hamba seorang yang mampu untuk mengawal kemarahan nya. Aku ingin berubah Ya ALLAH. Jangan jadikan hamba seorang yang sombong yang merasakan dia serba tahu dalam segalanya sedangkan dia hanya seorang hamba yang masih lagi mencari ilmu, yang masih lagi lemah Iman nya, yang masih lagi khilaf dalam segala perbuatan nya. Aku manusia yang lemah Ya ALLAH.. Tapi aku ingin berubah menjadi Khalifah, menjadi seorang hamba yang bertaqwa pada TuhanNya.

P/s : Aku manusia yang sombong kerana aku terlupa di depan Nya aku hanya seorang Hamba...

2 comments:

tomatokering said...

aminnn ~ insyaallah dear.. Allah tahu apa yang ada dalam hati kita.. :)

Miss Naoko said...

thanks dear.. InsyaALLAH.. salam ukhwah.. :')