Fabulous Fans

Istiqamah





Setelah sekian lama tidak meng-update belog..tbe2 rse nk update pulak.. Hari ni masuk hari ke tujuh kita berpuasa.. Alhamdulillah.. Aku masih diberi peluang untuk menikmati bulan yang Mulia ni.. Semenjak aku berpuasa ni.. banyak dugaan yang mendatang.. yang membuatkan aku hilang sabar dan rasa tercabar.. dan perkara yang bnyak membukakan mata aku dan menyentuh hati aku di saat aku berada di rumah ALLAH untuk menunaikan solat terawih.. Kaki yang jarang singgah ke tempat yang mulia, hati yang keras menjadi tersentuh tatkala berada di rumah ALLAH.. perasaan tenang yang datang membuatkan aku ingin terus beristiqamah menjadi tetamu ALLAH..

Aku tertanya2 pada diri aku.. ikhlas ke segala perbuatan aku di bulan ramadhan ni.. aku ni berpuasa menahan nafsu makan tapi adakah penglihatan, pendengaran, setiap langkah aku dan juga percakapan aku turut sama berpuasa.. Pertama kali berbuka puasa di masjid seorang diri membuatkan aku berasa agak kekok.. selalu ada teman, ada keluarga tp bila sendirian menjadikan aku malu dan segan.. melihat orang menjamu selera yang disediakan oleh pihak masjid mungkin tidak semewah makanan bila bersama keluarga atau makan makanan di kedai tp itulah rezeki yang aku dapat hari ni.. Alhamdulillah.. 

Di saat aku bersendirian berbuka puasa, aku masih mampu melihat ragam manusia di sana. Hati aku berdetik.. tatkala melihat makcik yang aku gelar sebagai "ketua" di masjid itu kerana sering dilihat mengarah para jemaah wanita membuat itu dan ini.. Hari ini dengan kuasa Allah, aku dipertemukan dengannya dan makan bersamanya.. Aku telah membuat andaian yang pelbagai semenjak hari pertama aku bersolat di masjid itu.. dan andaian aku tepat apabila orang lain masih menjamu selera makcik ini seolah2 dengan slumber nya menapau segala makanan yang ada.. siap bwk tupperware lagi.. aku menjadi mangsa untuk memberi sume lauk kepadanya untuk ditapau.. mungkin padanya.. untuk mengelakkan pembaziran.. tp aku telah mengalami situasi yang sama di surau yang berada berdekatan rumah aku juga melakukan perkara yang sama.. belum sempat orang lain habis makan.. habis sume ditapau nye untuk ahli keluarga di rumah.. bukankah makanan itu harus diberi keutamaan pada jemaah yang hadir di masjid? Aku hanya mampu tersenyum melihat ragam manusia ini..

Bukan hanya cerita kosong yang aku ingin sampaikan.. cuma aku terfikir sendirian.. aku masih mampu menilai berdasarkan hanya beberapa pertemuan.. aku masih ada masa untuk bersangka buruk pada org yang tidak pernah aku knl hanya dengan melihat perbuatan yang pada aku tidak sesuai dibuat di masjid.. aku menjadi semakin alpa bahawa bulan yang mulia ini aku harus menumpukan segala ibadah aku pada yang Maha Esa bukan dengan menilai dan bersangka buruk pada org.. YA ALLAH.. sekali lagi hambaMu ini khilaf YA ALLAH.. Semasa melihat rakan-rakan aku di kolej.. masih lagi kami mengata dan mengumpat orang.. sedangkan bulan puasa adalah bulan dimana perkara yang buruk perlu dihentikan dan istiqamah dengan melakukan perkara yang baik..tetapi tidak aku.. kalau orang lain boleh berubah.. mengapa tidak aku? itu persoalan yang bermain di minda aku ketika ini..

 Pernahkan anda terfikir.. kadang2 hati kita tidak tenang.. tidak tenang melihat kesenangan orang lain.. tidak berpuas hati dengan orang lain dan merasakan hanya diri kita yang betul sepanjang masa.. Mengapakah itu berlaku? aku juga mengalami perkara yang sama.. dan pada ketika ini aku sedar.. yang perasaan ini berlaku disebabkan kurangnya rasa bersyukur dengan apa yang diberi olehNya kepadaku.. Ya! aku akui jarang sekali mengucapkan Alhamdulillah tatkala mendapat sesuatu yang aku ingini.. Tetapi.. apabila ditimpa kesusahan dan musibah.. mula lah gelabah mencari ALLAH.. mulalah berdoa siang dan malam kepadaNya.. dan apabila doa itu tidak termakbul.. mula menyalahkan Maha Pencipta.. ALLAH tidak sayangkan aku.. ALLAH tidak adil.. kejam dan sebagainya.. Nauzubillah.. siapa AKU disisi ALLAH.. AKU itu seorang HAMBA.. AKU itu MILIKNYA.. siapa AKU ingin BERTANYA.. kerana AKU itu adalah HAMBA.. Sekali lagi hambaMu ini terlupa YA ALLAH.. 

Hati menjadi sayu bila berada di rumah ALLAH.. Rindunya bila mengenang kembali aku yang dijemput menjadi tetamu ALLAH dan berada di rumah ALLAH di Mekah.. Aku sering kali alpa mengingatiNya.. pernah kah aku terfikir.. apakah yang akan terjadi bila ALLAH melupakan aku.. YA ALLAH.. Aku seorang hamba yang sombong! Aku pemarah! aku egois! Aku cuma HAMBA.. tetapi aku seorang HAMBA yang SOMBONG! Aku sombong kerana aku boleh melupakanNYA bila aku mendapat kesenangan.. sedangkan kesenangan itu datang dariNYA.. Aku cuma HAMBA pada Pencipta yang tidak pernah jemu menunggu doa daripada seorang hamba seperti aku.. tetapi untuk mengucapkan Alhamdulillah juga payah bagi dri aku ini.. YA ALLAH.. sekali lagi aku alpa YA ALLAH.. 

Di saat ini.. aku bersyukur.. walaupun aku manusia yang sombong.. ALLAH masih sayangkan aku.. Masih ada dengan aku saat teman lari tinggalkan aku.. Masih ada saat aku sedih.. saat aku gembira.. masih ada setiap masa dengan aku.. Semoga bulan yang mulia ini.. menjadikan aku terus beristiqamah dalam melakukan perkara yang baik.. InsyaALLAH..















P/s : ALLAH tidak pernah meninggalkan hambaNYA.. walaupun hamba itu seorang yang sombong.. :')

3 comments:

Rizal Sadiman said...

Semoga istiqamah dlm beramal dan sabar!

Miss Naoko said...

thanks rizal..InsyaALLAH.. (:

sufiyyah zulkifli said...

:) Allahu akram~